Blogger Widgets

Saturday 26 May 2012

WANG KERTAS BARU MALAYSIA 2012





 


Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam di samping peningkatan ciri-ciri keselamatan berteknologi terkini.

Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro. Ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi.



Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.


Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 baharu sudah berada di pasaran.

Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli semalam.


alt




SHAH ALAM 23 Mei – Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli memperlihatkan ahli parlimen Rembau itu bijak membidas lawannya berasaskan fakta yang kukuh.
 
Keadaan ini berbeza dengan Rafizi yang dilihat sengaja untuk menimbulkan konflik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) apabila sengaja tidak menjawab persoalan yang diajukan oleh moderator program, Dr. Maszlee Malik.
 
Khairy bersikap profesional semasa membentangkan hujah-hujahnya pada program yang bertemakan ‘Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di sini, malam tadi.
 
Beliau telah membidas hujah Rafizi yang mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan jika yuran pendidikan tinggi tidak dihapuskan, ia akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang.
 
“Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat terutamanya kerajaan di bawah naungan mereka jika menang pilihan raya.
 
“Namun mereka (PR) tidak yakin dengan pemerintahan mereka sendiri dan tidak boleh memberikan keyakinan kepada rakyat,” bidas Khairy pada debat yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
 
Sehubungan itu, Khairy dengan tegasnya telah mendakwa bahawa PR tiada keyakinan untuk menjana ekonomi negara dan mencari alasan memansuhkan kemudahan pinjaman PTPTN kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).
 
Mengulas lanjut, Khairy memberi keyakinan bahawa kerajaan BN akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang dilakukan sekarang ini. Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas enam bulan menamatkan pengajian.
 
“ BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang,” katanya.
 
Khairy kelihatan tenang sepanjang sejam setengah program itu berlangsung walaupun keadaan menjadi panas terutamanya apabila Rafizi mengaitkan isu peribadi ketua pemuda itu dalam perdebatan yang kemudiannya disusuli dengan sorakan penyokong PR.
 
 
Rafizi memulakan hujahnya dengan memberi peringatan kepada penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.
 
“Semasa generasi bapa Khairy lagi, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi menagapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?,” soalnya.
 
Namun, Khairy mematahkan kenyataan Rafizi dengan menganggap kenyataan tersebut seperti perbandingan antara epal dan rambutan.
 
“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) serta kolej dengan ratusan ribu pelajar,” bidasnya.
 
Debat yang diselitkan dengan unsur jenaka dan sindiran diakhiri dengan persetujuan bahawa penilaian menyeluruh perlu dilakukan terhadap kerangka pendidikan tinggi.
 
Khairy membalas hujah Rafizi yang mengatakan bahawa memansuhan PTPTN bukan sahaja untuk menghapuskan hutang tetapi lebih menjurus kepada keadaan ekonomi negara.
 
“Walaupun penilaian semua model pendidikan tinggi negara sedang dilakukan, ia perlu dibuat secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan,” bidasnya.


Anda Pengunjung Yang Ke: